Home Ekonomi BRICS Sokong Hasrat Penyertaan Malaysia – PM Anwar
Ekonomi

BRICS Sokong Hasrat Penyertaan Malaysia – PM Anwar

BRICS Sokong Hasrat Penyertaan Malaysia – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Ogos(Livevartha) –Negara-negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) menyokong hasrat Malaysia untuk menyertai perkumpulan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami sangat bertuah kerana mereka (negara anggota BRICS) menyokong permohonan Malaysia walaupun masih belum diputuskan sama ada Malaysia dapat menyertai BRICS,”kata beliau kepada India Today Global dalam satu temu bual eksklusif.

Temu bual itu diadakan sempena lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke India yang berakhir semalam.

Beliau turut memberitahu bahawa Malaysia masih diperingkat awal proses menyertai BRICS dan wakil negara berkenaan akan memuktamadkan penyertaan langsungnya pada Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.

“Malaysia akan menjadi rakan negara BRICS dahulu sebelum penyertaan penuh dimuktamadkan,” kata beliau.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi sedang pesat membangun terdiri daripada Brazil, Rusia, India dan China, dengan Afrika Selatan menyertainya pada 2010.

Pada Januari 2024, Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah diterima sebagai anggota baharu.

Sebelum itu,Anwar berkata rakan sejawat, Narendra Modi bersetuju untuk menyokong keputusan negaramenyertai perkumpulan tersebut,mengukuhkan kerjasama yang semakin meningkat antara kedua-dua negara.

Pada 18 Jun, Anwar mengesahkan bahawa beliau telah menyatakan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...