Saturday , 28 December 2024
Home Ekonomi Moody\’s Analytics: Prospek Ekonomi Asia Pasifik Dijangka Positif Tahun Depan
Ekonomi

Moody\’s Analytics: Prospek Ekonomi Asia Pasifik Dijangka Positif Tahun Depan

Moody\’s Analytics: Prospek Ekonomi Asia Pasifik Dijangka Positif Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos(Livevartha) – Prospek ekonomi rantau Asia Pasifik pada 2025 dijangka positif, walaupun jangkaan pertumbuhan perlahan ekonomidi China dan India,kata Moody's Analytics.

Firma itu mengunjurkan peningkatan ekonomi Jepun selepas negara tersebut hampir mencatatkankemelesetan dari pertengahan 2023 hingga awal 2024, susulan lantunan semulaperbelanjaan pengguna dan pelaburannya.

"Ketidakpastian masih lagi tinggi berkaitankadar pertumbuhan gaji serta langkah mengetatkan dasar, namuntahun2025 sepatutnya lebih baik daripada tahun ini," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Moody's Analytics berkataAsia Tenggara dijangka mencatatkan pertumbuhanpesat, disokong oleh perdagangan, pelaburan, penggunaan, dasar fiskal yang kukuh dan seterusnya kelonggaran dasar monetari.

“Vietnam dijangkapaling mendapat manfaatdaripada peningkatan permintaan barangan global yang bakal menyaksikan pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) melonjak kepada 6.5 peratus tahun depan daripada 5.0 peratus tahun lepas. Ini diikuti Malaysia dan Thailand namun padakadar yang lebih perlahan.

“Filipina dan Indonesia tidak akan jauh ketinggalan di belakangVietnam, tetapi ekonomi mereka tidak terikat rapat kepada ekonomi global. Usaha agresif oleh kedua-dua negara itu untuk menambah baik infrastruktur mereka akan menyokong kadar pertumbuhan lebih tinggi,” katanya.

Moody’s Analytics berkata peruntukan terhadappelaburan telah memastikanekonomi Asia Pasifik kekal bertahan, dengan dasar fiskal di India dan China, terutamanya sokongan China terhadap pinjaman bank kepada pengilangmembantumengukuhkan pertumbuhan ekonomi gergasi ini.

“Negara-negara Asia Tenggara, khususnya Malaysia dan Vietnam, mendapat manfaat daripada peningkatan aliran pelaburan daripada sumber tempatan dan antarabangsa namun situasi diThailand yang bergelut untuk membentuk gabungan kerajaan yang stabil telah menjejaskanlangkah fiskal negara itu dan membantutkanpelaburan asing.

“Sementara itu, kitaran pelaburan Taiwan yang lemah dijangka bertambah baik sekarang selepas pilihan rayanya berakhir,” katanya.

Related Articles

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM
Ekonomi

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 28 Disember – Kadar antara bank jangka pendek...

Kenaikan tarif elektrik bantu TNB tingkat infrastruktur tenaga
Ekonomi

Kenaikan tarif elektrik bantu TNB tingkat infrastruktur tenaga

Arang batu dan gas merupakan dua bahan api utama dalam penjanaan elektrik...

Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup tinggi sedikit

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 27 Disember- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 27 Disember- Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan...