Saturday , 28 December 2024
Home Ekonomi Perbincangan FTA GCC Diteruskan, Muktamad Perjanjian Dua Hala UAE Akhir Tahun – Tengku Zafrul
Ekonomi

Perbincangan FTA GCC Diteruskan, Muktamad Perjanjian Dua Hala UAE Akhir Tahun – Tengku Zafrul

Perbincangan FTA GCC Diteruskan, Muktamad Perjanjian Dua Hala UAE Akhir Tahun – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media selepas mengiringi lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari ke India.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

NEW DELHI, 23 Ogos (Livevartha) — Malaysia akan meneruskan perbincangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan memuktamadkan perjanjian dua hala dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia menyasar menjalinFTA dengan enam anggota GCC sebagai satu blok serta perjanjian dua hala di Asia Barat untuk meningkatkan hubungan komersial dengan rantau ekonomi utama itu.

Menurutnya, Arab Saudi, ekonomi terbesar di rantau itusedang menyelaraskan rundingan FTA Malaysia denganGCC.

Malaysia, yang ketika inimempunyai tujuh FTA dua hala dan sembilan FTA pelbagai hala, sedang membincangkan perjanjian sedemikiandengan beberapa negara.

"Kita akan memuktamadkan perjanjian denganUAE menjelang akhir tahun ini," kata Tengku Zafrul kepada Livevartha di sini, padaRabu lepas.

Beliau berkata, iniakan menjadi perjanjianpertama seumpamanya Malaysia dengan mana-mana negara Arab dan menandakan pertumbuhan pesat hubungan komersial negara dengan rantau Teluk.

"Malaysia mengadakanperbincangan dengan semua negara GCC, termasuk Arab Saudi, untuk mencapai perjanjian dua hala," kata Tengku Zafrul.

Beliau berada di sini mengiring Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan rasmi ke India selama tiga hari baru-baru ini.

— Livevartha

Related Articles

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025
Ekonomi

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman perniagaan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 6.4...

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan
Ekonomi

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan

PEMANDANGAN dari udara bangunan Merdeka 118. PETALING JAYA: Pengagihan pendapatan sebanyak 5.75...

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025
Ekonomi

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025

MENARA Bank IslamPETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menetapkan sasaran...

Ekonomi

Integrasi sumber, kelebihan pacu pertumbuhan inklusif ASEAN

Dr. Zokhri IdrisKUALA LUMPUR, 26 Disember- ASEAN perlu mengintegrasikan sumber dan kelebihannya,...