Saturday , 21 December 2024
Home Ekonomi RHB IB Semak Turun Unjuran Inflasi 2024 Kepada 2.1 Peratus
Ekonomi

RHB IB Semak Turun Unjuran Inflasi 2024 Kepada 2.1 Peratus

RHB IB Semak Turun Unjuran Inflasi 2024 Kepada 2.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menyemak turun unjurannya bagi inflasi keseluruhan 2024 Malaysia kepada 2.1 peratus daripada unjuranpada 2.6 peratus sebelum ini.

Bank pelaburan itu turut menjangkakan inflasi teras 2024 pada purata 2.0 peratus.

“Semakan ini berdasarkan impak yang tidak ketara susulanpelarasan harga diesel dan perubahan tarif utiliti terhadap inflasi keseluruhan.

“Unjuran ini juga dipengaruhi oleh penangguhan rasionalisasi subsidi petrol RON95 sehingga akhir 2024 (paling awal), dan kadar inflasi yang lebih perlahan berbanding dengan jangkaan untuktahun ini setakat ini,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Khamis.

Menurut RHB IB, tekanan inflasi masih boleh kawal, dengan inflasi keseluruhan meningkat sebanyak1.8 peratus tahun ke tahununtuk tujuh bulan, berbanding dengan unjuran awal pada 2.1 peratus tahun ke tahun bagi tempoh sama.

“Selain itu, unjuran kami sebelum ini mengambil kira potensi kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan susulansemakan terhadap cukai perkhidmatan, dengan kesan yang dijangkakan sebanyak0.3 hingga 0.6 peratus.

“Pada ketika ini, kesan pelarasan cukai perkhidmatan ke atas inflasi keseluruhan adalah minimum, dengan tiada peningkatan ketara diperhatikan sejak pelaksanaannya pada 1 Mac,” jelasnya.

Oleh itu, inflasi keseluruhan dijangkakan kekal stabil pada 2.0 hingga 2.3 peratus tahun ke tahun bagi baki tempoh tahun ini, dengan mengandaikan penangguhan pelarasan harga bahan api RON95, tambah RHB IB.

Bank pelaburan itu menjelaskan trajektori inflasi akan bergantung kepada garis masa pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 dan kuantum pelarasan harganya, potensi peningkatan permintaan bagi pengeluaran sebahagian dana pencen serta kesan sampingan daripada harga komoditi dan makanan global yang tinggi.

Related Articles

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Saham KL susut diasak tekanan jualan, jejak prestasi serantau

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Dagangan saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus...

Ekonomi

Inflasi November turun kepada 1.8 peratus – DOSM

DOSMKUALA LUMPUR, 20 Disember- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada...