Saturday , 28 December 2024
Home Ekonomi Subsidiari NanoMalaysia Buat MoU Teknologi Bateri Dengan Singapura Dan Thailand
Ekonomi

Subsidiari NanoMalaysia Buat MoU Teknologi Bateri Dengan Singapura Dan Thailand

Subsidiari NanoMalaysia Buat MoU Teknologi Bateri Dengan Singapura Dan Thailand

Kredit: ABTC

Kredit: ABTC

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 22 Ogos (Livevartha) — Subsidiari NanoMalaysia Bhd, GigaFactory Malaysia Sdn Bhd (GMSB),hari ini telah menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama teknologi bateri dengan syarikat dari Singapura dan Thailand.

Majlis pemeteraian itu dibuat semasa Persidangan Teknologi Bateri ASEAN ke-2 (ABTC 2024) yang sedang berlangsung di Sentosa hari ini,adalah lanjutan daripada perjanjian yang ditandatangani pada Persidangan Teknologi Bateri dan Kenderaan Elektrik ASEAN Kali Pertama di Bali, Indonesia tahun lalu untuk mempromosikan kerjasama merentas sempadan mengenai teknologi bateri.

Perjanjian GMSB dengan NEU Battery Materials Pte Ltd (NEU) dari Singapura akan menumpukan pada pembangunan operasi peringkat kilang giga termasuk pembuatan teknologi bateri yang inovatif, menggabungkan bahan nano bagi aplikasi mobiliti dan pegun.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NanoMalaysia Dr Rezal Khairi Ahmad berkata NEU akan memastikan bekalan berterusan bahan bateri kitar semula seperti litium karbonat dan logam lain tersedia kepada Pusat Bateri Kenderaan Hidrogen-Elektrik (HEBATT) GMSB untuk ujian prestasi.

Rezal Khairi menandatangani bagi pihak GMSB manakala NEU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Bryan Oh.

NEU memiliki kepakaran dalam pengkitaran semula bateri litium besi fosfat.

“Kami mempunyai teknologi, dan kami bercita-cita untuk menghasilkan bateri pada skala yang lebih besar bagi memenuhi keperluan industri serta jangkaan komersial. Soalan lazim yang ditanya oleh pelabur ialahadakah mereka boleh mendapatkan litium?.” katanya.

“Jadi di sinilah peranan NEU bermula, syarikat mampu menghasilkan atau mengekstrak litium daripada bateri terbuang yang akan membuka satu lagi dimensi baharu dalam usaha ekonomi mesra dan kitar semula di Malaysia,” katanya semasa sidang akhbar selepas acara pemeteraian perjanjian itu.

Related Articles

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025
Ekonomi

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman perniagaan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 6.4...

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan
Ekonomi

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan

PEMANDANGAN dari udara bangunan Merdeka 118. PETALING JAYA: Pengagihan pendapatan sebanyak 5.75...

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025
Ekonomi

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025

MENARA Bank IslamPETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menetapkan sasaran...

Ekonomi

Integrasi sumber, kelebihan pacu pertumbuhan inklusif ASEAN

Dr. Zokhri IdrisKUALA LUMPUR, 26 Disember- ASEAN perlu mengintegrasikan sumber dan kelebihannya,...