Home Ekonomi Megah Port Management Labuan Bekerjasama Dengan Kerajaan Tingkat Kecekapan
Ekonomi

Megah Port Management Labuan Bekerjasama Dengan Kerajaan Tingkat Kecekapan

Megah Port Management Labuan Bekerjasama Dengan Kerajaan Tingkat Kecekapan

Kredit foto: Jailani Hasan

Kredit foto: Jailani Hasan

Kredit foto: Jailani Hasan

Kredit foto: Jailani Hasan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 22 Ogos(Livevartha) — Pengendali pelabuhan kontena Labuan,Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) sedang mempergiatkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mengukuhkan operasidan kecekapan pengendalian kargonya.

Dalam langkah memupuk hubungan yang lebih erat, pengurusan tertinggi MPM telah memulakan beberapa siri penglibatan melalui kunjungan hormat dengan pihak berkepentingan utama kerajaan.

Ketua Pegawai Operasi Datuk Seri Patrick Tiong memberitahu Livevartha, inisiatif ini merupakan langkah penting dalam mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19, yang telah menjejaskan operasi pengendalian kargo pelabuhan itu antara 2020 sehingga 2022.

Inisiatif tersebut, menandakan fasa penting dalam usaha pemulihan pasca-pandemi MPM, bertujuan untuk meningkatkan daya tahan operasi selain memastikan pertumbuhan berterusan dan sumbangan pelabuhan kepada ekonomi di rantau berkenaan.

“Operasi pengendalian kargo mula meningkat, dan oleh itu, sudah tiba masanya untuk MPM melibatkan diri secara lebih rapat dengan agensi kerajaan termasuk pihak berkepentingan yang berkaitan,” katanya lagi.

“Dengan menjalin kerjasama yang kukuh dengan agensi-agensi ini, isu berkaitan keselamatan, operasi pelabuhandan pengurusan boleh diselesaikan dengan berkesan,”kata Tiong.

Pengurusan tertinggi MPM telah membuat kunjungan hormat ke Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kesihatan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan lain .

Lawatan yang sama turut akan dibuat ke atas Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...