Home Nasional Tanah runtuh di Taman Bunga Raya, sebuah rumah terjejas
Nasional

Tanah runtuh di Taman Bunga Raya, sebuah rumah terjejas

Tanah runtuh di Taman Bunga Raya, sebuah rumah terjejas

Foto orang awam

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Hujan lebat berterusan petang tadi telah menyebabkan sebahagian dinding penahan tanah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang berhampiran Kem Wardieburn runtuh.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, kejadian menyebabkan sebuah rumah terjejas akibat runtuhan tersebut.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 5.43 petang tadi sebelum enam anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

\”Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit.

\”Pihak polis memaklumkan penghuni rumah itu dan kawasan yang berhampiran supaya berpindah untuk sementara demi keselamatan selain mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kerana didapati masih berlaku pergerakan tanah,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah kenyataan itu, operasi pemantauan masih dilakukan oleh pihak berkuasa di lokasi kejadian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....