Home Nasional Masalah rabun murid sekolah di WP membimbangkan
Nasional

Masalah rabun murid sekolah di WP membimbangkan

Masalah rabun murid sekolah di WP membimbangkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Masalah rabun dalam kalangan murid sekolah di Wilayah Persekutuan membimbangkan berdasarkan dapatan daripada saringan dibuat di bawah Program Mata Hati Wilayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata berdasarkan statistik diperolehi setakat ini, 58.2 peratus daripada 2,077 murid yang disaring sejak program itu diperkenal Jun lepas, telah dikenal pasti rabun.

Beliau berkata, sekiranya hal sedemikian tidak diatasi lebih awal, ada kemungkinan pelajar berkenaan akan tercicir daripada pembelajaran.

\”Sebab itu kita datang kan program ini, kita kenal pasti dan akhirnya membuat intervensi yang sesuai, memberikan mereka cermin mata percuma dan akhirnya mereka dapat membaca dengan baik dan terus memberi pembelajaran yang baik,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Seminar Kecemerlangan SPM Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini, pada Khamis.

Program Mata Hati Wilayah merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI) bertujuan menangani masalah kesihatan mata dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di seluruh Wilayah Persekutuan.

Antara sekolah yang telah dipilih untuk menyertai program tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pantai, SK Desa Tasik, SK Setiawangsa dan SK Wangsa Maju Seksyen 1.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....