Wednesday , 13 November 2024
Home Nasional Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Perlis agih 1,000 Jalur Gemilang
Nasional

Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Perlis agih 1,000 Jalur Gemilang

Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Perlis agih 1,000 Jalur Gemilang

Foto RTM

PADANG BESAR, 23 Ogos – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Perlis mengagihkan lebih 1,000 Jalur Gemilang kepada penduduk setempat bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Program agihan Jalur Gemilang dilaksanakan di lapan lokasi sepanjang konvoi yang disertai lapan buah kenderaan, antaranya Pasar Besar Sena, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pos Sekatan Jalan Raya di Padang Besar, Felda Rimba Mas, Felda Mata Ayer dan Felcra Lubuk Sireh.

Pengarah JaPen Perlis Mazli Hamdan berkata, pelaksanaan kempen kibar Jalur Gemilang itu diharap menjadi pembakar semangat rakyat negeri itu, bukan sahaja dalam kalangan kakitangan kerajaan malah semuamasyarakat setempat daripada pelbagai latar belakang agar sentiasa bersemangat patriotik dan cintakan negara.

\”Kempen Kibar Jalur Gemilang juga menjadi wadah terbaik untuk memberi inspirasi kepada rakyat terutama generasi muda supaya menghargai dan mengekalkan keamanan negara.

\”Sokongan masyarakat dalam menjayakan kempen ini juga dapat menyemarak perpaduan selain mengingatkan generasi muda supaya mengerti makna sebenar kemerdekaan yang dicapai negara dan pengorbanan pejuang terdahulu dalam memerdekakan negara,\” kata Mazli.

Beliau memaklumkannya pada Program Walkabout Sana Sini Jalur Gemilang di Perlis yang dilaksanakan sekitar Parlimen Kangar dan Padang Besar bersama ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Konvoi kali ini turut disertai pegawai dan kakitangan RTM Perlis, BERNAMA, Majlis Keselamatan Negara, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Related Articles

PM terima anugerah tertinggi Peru sempena lawatan rasmi ke Amerika Latin
Nasional

PM terima anugerah tertinggi Peru sempena lawatan rasmi ke Amerika Latin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah tertinggi Republik Peru,...

Forum Presiden perkasa transformasi pendidikan tinggi negara
Nasional

Forum Presiden perkasa transformasi pendidikan tinggi negara

Dr. Zambry (depan, tengah) bergambar kenangan bersama ahli Forum Presiden MQAIC 2024...

Nasional

Sarawak sedia wang saku pelajar di IPT; Manfaat 25 ribu pelajar

Foto / BernamaKUCHING, 12 November – Bermula tahun depan, anak Sarawak yang...

Kad Pengenalan mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat
Nasional

Kad Pengenalan mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 12 November– Mekanisme penggunaan Kad Pengenalan untuk pengesahan kelayakan...