Home Nasional Pelihara kesucian Islam, tolak individu terpalit rasuah dan salah guna kuasa-Sultan Perak
Nasional

Pelihara kesucian Islam, tolak individu terpalit rasuah dan salah guna kuasa-Sultan Perak

Pelihara kesucian Islam, tolak individu terpalit rasuah dan salah guna kuasa-Sultan Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Pengerusi MKI berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-72 di ibu negara. /Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 OgosSultan Perak Sultan Nazrin Shah menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab kepada kepada mereka yang terpalit rasuah dan salah guna kuasa.

Titah baginda, tindakan itu bagi mengelak imej serta kesucian agama Islam tercemar.

\”Kehebatan Islam hendaklah diserlahkan melalui budaya kerja, melalui kegiatan sosial, pencapaian ekonomi dan etika berpolitik.

Masyarakat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak sama sekali perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam dengan tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab kepada kalangan yang berimej mungkar dan munafik, kalangan yang lemah moral dan rendah akhlaknya, kalangan yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa serta kalangan yang tidak amanah dan tidak ikhlas\”, titahnya demikian ketika berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-72 di ibu negara.

Baginda yang juga Pengerusi MKI bertitah kegemilangan Islam pada satu masa dahulu telah meninggalkan legasi dan idealisme tinggi, namun kemajuan sesuatu bangsa itu tidak boleh hanya bergantung kepada dua perkara berkenaan sahaja.

Sebaliknya, Baginda bertitah naratif masa hadapan untuk mengubah kualiti masyarakat Islam ke arah yang lebih progresif, hendaklah dirintis dengan menyuburkan semangat dan naratif realis dan futuris.

\”Survival umat Islam perlu dibina menerusi kekuatan minda dan suntikan keyakinan untuk sentiasa bersaing dan berlumba sehingga ummah mempunyai prasangka, prejudis apabila berada dalam kalangan bukan Islam\”, titah baginda.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Pengerusi MKI, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Mohd Nai\’im Mokhtar serta ahli – ahli MKI dari seluruh negara.

Related Articles

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan tidak lama lagi
Nasional

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan tidak lama lagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 3 Januari– Sesi pemukiman Jemaah...

Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari
Nasional

Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari

Foto hiasanPETALING JAYA, 3 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran...

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf
Nasional

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf

FOTO ISTANA ARAUCHUPING, 3 Januari- Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat...

Gempa bumi kuat di sempadan Chile-Bolivia
Nasional

Gempa bumi kuat di sempadan Chile-Bolivia

Foto Facebook MET MalaysiaPETALING JAYA, 3 Januari– Gempa bumi kuat berukuran 6.1...