Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Dewan Tun Razak, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh ketika sidang media Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — Wanita UMNO menuntut supayacalon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.
Ketua Wanita UMNODatuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ia bagi meneruskan legasi penyandang yang juga Exco Wanita UMNOAllahyarhamDatuk Sharifah Azizah Syed Zain.
“Tak kan tak ada seorang calon wanita pun yang layak?…dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita kalah di DUN Mahkota ini, tetapi ketika PRN (Pilihan Raya Negeri)Johor, kepimpinan negeri Johor dan juga Presiden UMNO berani meletakkan kepercayaan kepada calon wanita.
“Walaupun kerusi ini bukan mudah untuk dimenangidan kita bertembung empat penjuru, calon wanita telah berjaya menang dengan majoriti 5,166 undi, apa yang hendak dibuktikan lagi?” katanya dalam ucapan pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Wanita UMNO di sini hari ini.
Kerusi DUN Mahkota kosong selepas Sharifah Azizah, 63,meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK itu pada 28 Sept, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept.
Dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada 2022, Ketua Wanita UMNO Kluang itu memenangi kerusi berkenaan menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Tagiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).
Sementara itu, ketika ditemui Livevartha, Noraini yang juga Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) berkatapihaknya telah menyenaraikan beberapa nama yang kesemuanya anak tempatan untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan sebagai calon bagi PRK berkenaan.
Beliau melahirkan keyakinan atas kemampuan calon wanita dengan mengambil kira rekod prestasi di tiga kerusi DUN di Johor iaitu Pulai Sebatang, Tenang dan Mahkota yang menyaksikan kesemua calon wanitaberjaya merampas kembali kerusi berkenaan.
Noraini turut memberi jaminan jentera wanita akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti.
“Kekuatan wanita apabila bekerja, dia turun padang dan laksanakan dengan sebaiknya.Insya-Allah sekiranya amanah diberikan kepada kami,kita hendak buat yang terbaik itu yang kita harap kepimpinan parti dapat mempertimbangkan tuntutan daripada Wanita UMNO,” katanya.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh dalam ucapan penggulungannya pula mencadangkan Ketua Pemuda UMNO KluangSyed Hussien Syed Abdullah dipertimbangkan pucuk pimpinan sebagai calon PRK DUN Mahkota.
“Tapi kita berjiwa besar, jika Syed Hussien tidak tercalon, kita (tetap) kena menangkan parti kita. Saya minta usul ini dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi. Kita beri jaminan calon kita adalah yang berkhidmat,” katanya disambut sorakan daripada perwakilan.
— Livevartha