Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kerangka Ekonomi MADANI, bawa negara keluar daripada pandemik
Perniagaan

Kerangka Ekonomi MADANI, bawa negara keluar daripada pandemik

Kerangka Ekonomi MADANI, bawa negara keluar daripada pandemik

Inisiatif dan dasar di bawah kerangka Ekonomi MADANI berhasil membawa Malaysia keluar daripada cabaran pandemik / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Inisiatif dan dasar di bawah kerangka Ekonomi MADANI berhasil membawa Malaysia keluar daripada cabaran pandemik.

Pengarah Penyelidikan Khazanah Research Institut, Hawati Abdul Hamid berkata negara berupaya menangani impak ketidaktentuan global seperti dibuktikan menerusi beberapa petunjuk positif.

\”Dari segi peningkatan siling contohnya kita lihat semakin positif terutamanya dari segi kemasukan pelaburan, penciptaan pekerjaan untuk rakyat.

\”Saya rasa perkara-perkara ini lah yang akan membantu taraf hidup rakyat dan pada masa sama kerajaan juga cuba untuk serap kesan daripada penstrukturan yang dilakukan kerajaan menerusi dasar-dasar sosial seperti bantuan tunai, subsidi dan sebagainya,\” katanya.

Tambah Hawati, masih banyak penambahbaikan yang perlu diberi perhatian untuk mencapai tujuh matlamat Ekonomi MADANI antaranya, mempelbagaikan lagi aktiviti ekonomi serta rakan dagangan agar tidak tertumpu kepada pasaran tertentu.

Langkah tersebut katanya akan menjadi penampan kepada sebarang risiko dan ketidaktentuan masa hadapan terhadap ekonomi negara.

Selain mempergiat pemerkasaan pasaran buruh dalam menghadapi peralihan teknologi dan keperluan kemahiran akan datang.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...