Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi Kerugian Bersih Pos Malaysia Meningkat Kepada RM55.92 Juta Pada Suku Kedua
Ekonomi

Kerugian Bersih Pos Malaysia Meningkat Kepada RM55.92 Juta Pada Suku Kedua

Kerugian Bersih Pos Malaysia Meningkat Kepada RM55.92 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) –Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 meningkat kepada RM55.92 juta daripada RM27 juta kerugian bersih dicatatkan setahun lalu.

Hasil susut kepada RM443.43 juta daripada RM465.20 juta yang sebelumnya disumbangkan oleh pendapatanlebih rendah dalam segmen pos dan logistik.

Bagi separuh kedua 2024, kerugian bersihnya naikkepada RM75.61 juta daripada RM54.67 juta kerugian bersih pada tahun sebelumnya manakala hasil lebih rendah pada RM935.40 juta daripada RM947.47 juta.

Pos Malaysia berkata dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bahawa hasil segmen pos merosot sebanyak 10 peratus disebabkan penurunan dalam jumlah mel pukal yang dikendalikan dan volum antarabangsa lebih rendah pada suku tersebut.

Segmen logistik juga mencatatkan hasil lebih rendah pada RM67.2 juta berbanding RM79.9 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023.

"Penurunan ini kebanyakannya disebabkan oleh jumlah yang lebih rendah dikendalikan daripada perniagaan automotif dan pengurusan kargo," katanya.

Bagaimanapun, segmen penerbangan menyumbangkan hasil lebih tinggi sebanyak RM88.0 juta berbanding RM73.1 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023 kebanyakannyadisebabkan oleh perniagaan katering dalam penerbangan dengan jumlah makanan yang lebih tinggi.

"Walaupun hasil yang lebih tinggi, keuntungan sebelum cukai lebih rendah disebabkan kos operasi lebih tinggi yang berkaitan dengan perniagaan pengendalian kargo dan pergudangan e-dagang. Segmen lain terus berkembang dengan sihat dengan peningkatan hasil yang disumbangkan terutamanya daripada peningkatan dalam penjualan sijil digital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Charles Brewer dalam satu kenyataan berasingan berkata beliaumengaitkan prestasi suku keduayang lebih lemah daripada dijangkakan kepada persekitaran pasaran mencabar yang berlanjutan khususnya berkaitan segmen bungkusan.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...