Saturday , 28 December 2024
Home Ekonomi Penglibatan Semua Segmen Masyarakat Penting Untuk Capai Kejayaan Peralihan Tenaga – Fadillah
Ekonomi

Penglibatan Semua Segmen Masyarakat Penting Untuk Capai Kejayaan Peralihan Tenaga – Fadillah

Penglibatan Semua Segmen Masyarakat Penting Untuk Capai Kejayaan Peralihan Tenaga – Fadillah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) — Kejayaan peralihan tenaga Malaysia bergantung kepada penglibatan semua segmen masyarakat yang aktif, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau menggesa usahawan dan inovator muda untuk menceburi sektor tenaga boleh baharu dan tenaga baharu untuk menyokong usaha kerajaan dalam memacu agenda peralihan tenaga negara.

“Saya berharap pada masa depan, golongan belia kita mempunyai kemampuan bukan sahaja menggunakan tenaga secara mampan tetapi juga menerajui perbincangan mengenai penyelesaian tenaga. Saya yakin mereka akan memperjuangkan dasaryang memberikan keutamaan kepada kelestarian dan terus mencabar status quo.

“Dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran, pengetahuan dan peluang yang diperlukan, kitabukan sahaja melabur dalam masa depan mereka tetapi juga memastikan kebolehpercayaan dan kemampanan jangka panjang landskap tenaga kita,” katanya dalam ucapan pada majlis penutup Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2024 di sini hari ini.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata cabaran berkaitan jurang kemahiran dan impaknya terhadap kecekapan dan produktiviti dalam industri telah didokumentasikan dengan baik.

“Oleh itu, kita perlu merombak strategi pembangunan bakat kita dengan menyusun semula sistem untuk menggalakkan peningkatan kemahiran dan latihan semula di setiap peringkat.

“Ini bukan hanya mengenai mengisi kekosongan jawatan tetapi secara strategik membentuk saluran bakat yang mampan, terutamanya dalam kalangan belia kita,”katanya.

Fadillah berkata untuk beralih sepenuhnya kepada masa depan yang lebih hijau, negara perlu menerapkan masyarakat yang celik tenaga dengan memahami bekalan, sumber, corak penggunaan tenaga dan implikasi alam sekitar daripada setiap keputusan.

“Menyedari keperluan ini, kerajaan MADANI telah mewujudkan Program Literasi Tenaga Malaysia (MELP), inisiatif untuk mendidik rakyat dengan maklumat tenaga yang dipercayai serta mewujudkan komuniti pembuat keputusan yang berpengetahuan dan bersedia untuk menyokong kelestarian tenaga,” katanya.

Related Articles

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM
Ekonomi

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 28 Disember – Kadar antara bank jangka pendek...

Kenaikan tarif elektrik bantu TNB tingkat infrastruktur tenaga
Ekonomi

Kenaikan tarif elektrik bantu TNB tingkat infrastruktur tenaga

Arang batu dan gas merupakan dua bahan api utama dalam penjanaan elektrik...

Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup tinggi sedikit

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 27 Disember- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 27 Disember- Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan...