Home Ekonomi Glomac Selesaikan Penyerahan Program Sukuk Wakalah Bernilai RM3.0 Bilion
Ekonomi

Glomac Selesaikan Penyerahan Program Sukuk Wakalah Bernilai RM3.0 Bilion

Glomac Selesaikan Penyerahan Program Sukuk Wakalah Bernilai RM3.0 Bilion

KUALA LUMPUR, 21 Ogos(Livevartha) –Glomac Bhd menyelesaikan penyerahan program Nota Jangka Sederhana Islam bernilai nominal sehingga RM3.0 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) di bawah Garis Panduan SC mengenai Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai.

Program ituadalah berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar (Sukuk Wakalah).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Glomac berkata program Sukuk Wakalahitu berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmarakan membolehkan penerbit sukukdari semasa ke semasa menerbitkan Sukuk Wakalah yang tidak dinilai dan diberi penarafan yangmana nilai nominal Sukuk Wakalah yang belum selesaitidak akan melebihi RM3.0 bilion pada satu-satu masa.

"Program Sukuk Wakalah ini hendaklah mempunyai tempoh yang berterusan. Penerbitanpertama Sukuk Wakalah di bawah program ini hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari perniagaan daripada tarikh penyerahan dan tempoh setiap Sukuk Wakalah yang akan diterbitkan di bawah program ini hendaklah melebihi satu tahun," katanya.

Glomac berkata hasil yang diperoleh daripada program itu akan digunakan oleh penerbit dan anak syarikatnya untuk pembiayaan patuh syariah, iaitu membiayai pembelian tanah; pembiayaan semula pinjaman sedia ada atau pembiayaan yang patuh syariah serta pembiayaan di masa depan yang patuh syariah termasuk mana-mana Sukuk Wakalah yang belum selesai.

Selain itu hasil tersebut juga akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal, keperluan modal kerja dan tujuan korporat am yang lain; untuk membiayai baki minimum yang perlu dikekalkan dalam akaun rizab perkhidmatan kewangan yang patuh syariah; serta untuk menanggung yuran, kosdan perbelanjaan yang ditanggung atau akan ditanggung berkaitan dengan program Sukuk Wakalah.

Maybank Investment Bank Bhd ialahpenasihat utama tunggal, pengatur utama tunggal, pengurus utamadan penasihat penstrukturan kemampanan untuk program Sukuk Wakalah, manakala Maybank Islamic Bank Bhd ialah penasihat syariah untuk program itu.

— Livevartha

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...