Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi Untung Bersih YTL Corp Naik Hampir Dua Kali Ganda Kepada RM2.14 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024
Ekonomi

Untung Bersih YTL Corp Naik Hampir Dua Kali Ganda Kepada RM2.14 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

Untung Bersih YTL Corp Naik Hampir Dua Kali Ganda Kepada RM2.14 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) — Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) meningkat hampir dua kali ganda kepada RM2.14 bilion pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 daripada RM1.09 bilion pada tahun kewangan 2023, dipacu terutama berikutan perniagaan utiliti yang lebih kukuh.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya perolehan meningkat kepada RM30.52 bilion daripada RM29.61 bilion.

Cabang utilitinya, YTL Power International Bhdmencatat keuntungan bersih RM3.46 bilion berbanding RM2.02 bilion sebelumnya, disebabkan prestasi yang lebih baik dalam segmen penjanaan kuasa.

Perolehan menokok kepada RM22.32 bilion daripada RM21.89 bilion pada tahun kewangan 2023.

YTL Corp berkata perolehan bahagian penjanaan kuasa menyusut kepada RM15.24 bilion pada tahun kewangan 2024 daripada RM16.21 bilion tahun lepas berikutan harga yang lebih rendah, sebahagiannya diimbangi oleh pengukuhan dolar Singapura berbanding ringgit.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) melonjak 49.6 peratus kepada RM3.68 bilion daripada RM2.46 bilion sebelum ini disebabkan margin yang lebih baik dan perbelanjaan faedah yang rendah berikutan pembayaran balik pinjaman.

Bagi segmen air dan pembetungan, perolehan meningkat kepada RM5.21 bilion daripada RM4.26 bilion, naik 22.2 peratus, didorong terutamanya daripada kontrak baharu yang diraih di pasaran runcit bukan isi rumah, peningkatan harga seperti yang dibenarkan oleh pengawal selia, di samping pengukuhan pound Britain berbanding ringgit.

Katanya PBT yang meningkat bagi unit industri simen dan bahan binaan pada tahun yang dikaji, telah dipacu oleh penstabilan harga jualan simen domestik dan campuran siap.

Sementara itu, perkhidmatan pengurusan kumpulan dan unit lain turut mencatatkan peningkatan PBT, disumbangkan oleh pendapatan faedah yang tinggi dan keuntungan nilai saksama ke atas saham Ranhill Utilities Bhd, yang diraih pada tahun kewangan 2024.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...