Home Ekonomi BRICS : Malaysia Berpotensi Jadi Pintu Masuk Aktiviti Ekonomi ASEAN – Pakar
Ekonomi

BRICS : Malaysia Berpotensi Jadi Pintu Masuk Aktiviti Ekonomi ASEAN – Pakar

BRICS : Malaysia Berpotensi Jadi Pintu Masuk Aktiviti Ekonomi ASEAN – Pakar

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — Penyertaan Malaysia dalam BRICS akan menyerlahkan potensi negara sebagai pintu masuk bagi aktiviti ekonomi di negara-negara ASEAN, kata pakar ekonomi.

Penganalisis Ekonomi INCEIF University Profesor Dr Baharom Abdul Hamid berkata Malaysia juga berupaya memanfaatkan peluang perdagangan untuk meningkatkan akses pasaran, sekali gus menarik lebih banyak pelaburan dari negara-negara BRICS.

Malaysia telah mengemukakan permohonan untuk menyertai BRICS, blok kerjasama bagi ekonomi sedang pesat membangun yang ditubuhkan pada 2009 dan merangkumi Brazil, Russia, India sertaChina selain disusuli penyertaan Afrika Selatan pada 2010.

Pada Januari2024, negara-negara seperti Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyertainya sebagai anggota baharu.

“Apabila kita menyertai satu-satu blok ekonomi, kita akan menikmati beberapa (manfaat seperti) pelepasan cukai serta halangan bukan tarif dan sebagainya.

“Brazil misalnya adalah salah satu penyumbang terbesar import daging halal ke Malaysia. Oleh itu, Malaysia berpotensi menjadi pintu masuk utama untuk makanan halal daripada Brazil dengan kos lebih rendah.

“Kita boleh menggunakan peluang ini untuk menjadi pintu masuk bukan sahaja untuk sumber makanan di Malaysia tetapi sebagai pintu masuk untuk sumber makanan negara ASEAN yang lain,” katanya dalam program Ruang Bicara disiarkan di Livevartha TVpada Rabu.

Selain itu, Baharom berkataMalaysiayang juga pengeluar semikonduktor terbesar dunia berpotensi memperluas kerjasama dengan China yang merupakanpengeluar utamakenderaan elektrik.

“Kita perlu meneruskan kerjasamadengan China sebagai pelengkap sektor semikonduktor untuk kegunaan industri di China. Pada masa sama, kita juga harus mengharapkan agar China meningkatkan lagi pelaburan di Malaysia,” katanya.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...