Saturday , 28 December 2024
Home Ekonomi OCBC Bank Berperanan Penting Dalam Peralihan Tenaga
Ekonomi

OCBC Bank Berperanan Penting Dalam Peralihan Tenaga

OCBC Bank Berperanan Penting Dalam Peralihan Tenaga

Ketua Pengarah Urusan Pejabat Kelestrarian Perbankan Global OCBC Bank Jeong Yoon Mee ketika ditemu bual khas bersama Livevartha sempena Persidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — OCBC Bank Singapura yakin mempunyai peranan penting untuk membolehkan pembangunan mampan dan menyokong peralihan tenaga yang adil dengan menawarkan modal kepada projek dan syarikat yang menyumbang secara langsung terhadap peralihan meyakinkan.

Ketua Pejabat Kemampanan bagi Perbankan Borong Globalnya, Jeong Yoon Mee berkata tindakan iklim dan pemacu kemampanan yang lebih luas menentukan industri dan pasaran di mana pelanggan OCBC berada.

Katanya ini termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), justeru mewujudkan risiko dan peluang perniagaan yang muncul.

Menurutnya OCBC berhasrat untuk bekerjasama dengan pelanggan dalam peralihan kumpulan itu, dengan bersama-sama mencipta penyelesaian yang boleh dipraktikkan, mendorong tindakan yang tepat pada masanya dan menawarkan pembiayaan peralihan yang boleh digunakan.

"Sebagai sebuah bank, impak terbesar kami adalah daripada aktiviti pelanggan yang kami berikan pembiayaan. Kami mengakui keperluan melaksanakan peralihan.

“Inilah faktor mengapa bank telah menetapkan sasaran sifar bersih terhadap pelepasan yang kami biayai untuk mencipta hala tuju kita dalam perjalanan ini," katanya kepada Livevartha di luar PersidanganTenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2024.

Menurut Jeong, bagi menyokong peralihan itu, bank itu akan membiayai dan mempromosikan lebih banyak tenaga boleh baharu (TBB), aktiviti karbon lebih rendah dan projek kecekapan tenaga seperti bangunan lebih lestari dan menambah baik kemudahan sedia ada.

Sehingga suku kedua 2024, aset pembiayaan mampan OCBC berjumlah SG$63 bilion yang merentas pasaran dan sektor, melebihi sasaran S$50 bilion menjelang 2025 iaitu lebih awal berbanding yang dijadualkan.

Related Articles

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025
Ekonomi

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman perniagaan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 6.4...

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan
Ekonomi

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan

PEMANDANGAN dari udara bangunan Merdeka 118. PETALING JAYA: Pengagihan pendapatan sebanyak 5.75...

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025
Ekonomi

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025

MENARA Bank IslamPETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menetapkan sasaran...

Ekonomi

Integrasi sumber, kelebihan pacu pertumbuhan inklusif ASEAN

Dr. Zokhri IdrisKUALA LUMPUR, 26 Disember- ASEAN perlu mengintegrasikan sumber dan kelebihannya,...