Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi MARC: Malaysia Kekal Miliki Kelebihan Di Sebalik Peralihan Perdagangan Global
Ekonomi

MARC: Malaysia Kekal Miliki Kelebihan Di Sebalik Peralihan Perdagangan Global

MARC: Malaysia Kekal Miliki Kelebihan Di Sebalik Peralihan Perdagangan Global

Gambar Fail

KUALA LUMPUR, 21 Ogos(Livevartha) –Prestasi eksport Malaysia yang kukuh pada Julai menunjukkan negara mendapat manfaat susulan daripada beralihnya perdagangan global, menurut Malaysia Rating Corp Bhd (MARC).

Ketua Ahli EkonominyaRay Choy berkata pertikaian perdagangan yang berterusan antara China dan rantau-rantau lain memberi kesan besar kepada prestasi eksport keseluruhan.

"Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China telah menurun lebih cepat berbanding dari negara-negara lain di seluruh dunia, tetapi penurunan PMI Malaysia kurang ketara berbanding negara-negara lain.

"Kami mendapati prestasi eksport Malaysia tidak teruk terjejas. Ini membuktikan kepada kami iamendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global dan mungkin boleh menjadi senario asas pada masa akan datang," katanya di forum Ekonomi dan Prospek Pasaran: Peluang Di Sebalik Pertumbuhan Lebih Kukuh dan Pelonggaran Monetari hari ini.

Sesi yang diadakan dalam talian itu merupakan sebahagian daripada Persidangan Bon dan Sukuk Malaysia 2024: Menentukan Haluan Untuk Ekonomi Malaysia yang dianjurkan oleh MARC dan berlangsungselama dua hari.

Forum berkenaan juga menekankan PMI Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan mengikut musim turun sedikit kepada 49.7 pada Julai daripada 49.9 pada Jun disebabkan kelembapan dalam pesanan baharu, pengeluaran, pekerjaan dan saham.

Eksport Malaysia pada Julai 2024 mengatasi jangkaan ahli ekonomi dengan mencatatkan pertumbuhan 12.3 peratus tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM131.15 bilionberbanding RM116.75 bilion pada tahun sebelumnya.

Choy berkata eksport Malaysia menunjukkan daya tahannyayang disumbangkan oleh kitaran menaik teknologi dan dibuktikan daripada pertumbuhan eksport dalam segmen semikonduktor,elektrik dan elektronik (E&E).

Beliau juga berkata ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada normalisasi aktiviti-aktiviti pelancongan.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...