Home Ekonomi Lawatan Ke India Membuahkan Hasil, Raih Potensi Perdagangan RM8 Bilion – PM Anwar
Ekonomi

Lawatan Ke India Membuahkan Hasil, Raih Potensi Perdagangan RM8 Bilion – PM Anwar

Lawatan Ke India Membuahkan Hasil, Raih Potensi Perdagangan RM8 Bilion – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimketika sidang media kepada wakil media Malaysia di akhir lawatan beliau ke di India di sini hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada V.Sankara

NEW DELHI, 21 Ogos (Livevartha) — Lawatanke India berjaya membuahkan hasil apabila Malaysia meraih potensi perdagangan berjumlah RM8 bilion dalam sektor minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk kimia, minyak dan gas serta alat ganti kapal terbang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain ituMalaysia jugaberjaya mendapatkan komitmen pelaburan bernilaiRM4.5 bilion daripada pelbagai sektor serta syarikat di negara ini.

“Nilai perdagangan Malaysia-India pada 2023 berjumlahRM72.31 billion (US$16.53 bilion) dengan168 projek pelaburan dilaksanakan sehingga Mac 2024 bernilaiRM4.5 bilion, yang bakal mewujudkan 16,640 peluang pekerjaan,” kata beliau yang mengakhirilawatan rasmi tiga hari ke India, hari ini.

Anwar berkata, lawatan ke India kali ini turut menyaksikan permeteraianlapan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan India serta tujuh MoU B2B (Perniagaan kepada Perniagaan) antara kedua-dua negara.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, kerana mengundang saya untuk lawatan rasmi ke India yang sangat memuaskan,” kata beliau kepada media Malaysia selepas berakhirnya lawatantersebut.

Mengulas pertemuannya dengan Modi, Anwar berkatakedua-dua pemimpin itubersetuju untuk meningkatkan kerjasama yang komprehensif dalam semua bidang, termasuk digital, pelancongan, pendidikan, penyelidikan dan budaya.

Beliau juga memanjangkan jemputan kepada Presiden IndiaDroupadi Murmudan Modi untuk melawat Malaysia bagi meningkatkan momentum hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Ditanya mengenai hasrat Malaysiauntuk menyertai perkumpulan BRICS, Anwar berkata Modi bersetuju untuk menyokong keputusan negaramenyertai kumpulan tersebut.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...