Home Nasional Kanak-kanak lelaki rentung, rumah terbakar di Lahad Datu
Nasional

Kanak-kanak lelaki rentung, rumah terbakar di Lahad Datu

Kanak-kanak lelaki rentung, rumah terbakar di Lahad Datu

JBPM

LAHAD DATU, 22 Ogos- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah kayu di Kampung Telisai, Tungku di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata mayat Mohd Qalish Abdul Jumain itu ditemukan oleh anggota bomba di dalam bilik rumah terbabit.

\”Panggilan kebakaran diterima pada 9.46 malam dan sepasukan 15 anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 55 kilometer dari bandar.

\”Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman kebakaran dengan bantuan Pasukan Bomba Sokongan Felda Sahabat. Tiga motosikal turut musnah,\” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Sumsoa operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.45 tengah malam, dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....