Home Nasional Mayat mangsa terakhir bot karam di Sungai Kayan dijumpai
Nasional

Mayat mangsa terakhir bot karam di Sungai Kayan dijumpai

Foto: JBPM Sarawak

LUNDU 22 Ogos – Mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Kayan, Lundu, kira-kira 72 km dari sini Selasa lepas, ditemukan pada pukul 6.38 pagi tadi.

Menurut Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii, mayat mangsa remaja perempuan itu dikenali sebagai Alsma Jithil, 14,dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian berdekatan Kampung Selampit.

\”Mayat dijumpai oleh orang kampung dan kemudian diambil oleh anggota Sarawak Coast Guard pada pukul 6.40 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Lundu,” katanya.

Beliau berkata dengan penemuan mayat ketiga itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di jeti sungai itu ditamat.

Semalam, mayat dua mangsa iaitu Vilkie Wilson, 15, ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari Pos Kawalan Bomba dan Penyelamat pada pukul 11.58 pagi, manakala mayat Helena Fasha Petrus, 17, dijumpai terapung satu kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang.

Selasa lalu, sebuah bot yang dinaiki oleh 20 orang telah karam di Sungai Kayan pada pukul 6.10 pagi dengan 17 mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala tiga lagi mangsa dilaporkan hilang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....