Friday , 20 September 2024
Home Politik UMNO Guna Lambang Dacing Pada PRU16 – Ahmad Zahid
Politik

UMNO Guna Lambang Dacing Pada PRU16 – Ahmad Zahid

UMNO Guna Lambang Dacing Pada PRU16 – Ahmad Zahid

Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media selepas Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) — UMNO akan tetap menggunakan lambang dacing Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, namun tidak menolak untuk berkolaborasi dengan 18 parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkataia merupakan antara lima tahap hala tuju baharu yang digariskan parti itu menerusi Taklimat Presiden yang disampaikan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkatapenggunaan lambang dacing itu merupakan permintaan pimpinan dan ahli parti sendiri, mengambil kiraPRU Ke-16 yang akan berlangsung dalam tempoh tidak lebih tiga tahun lagi.

“Kita tidak menolak kolaborasi dengan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduansupaya tak berlaku pertindihan dan terdapat kerjasama di dalam menggamit dukungan pengundi.

‘Ini (kolaborasi) mesti dilakukan daripada sekarang,kerana kita tidak mahu keserasian itu diwujudkan hanya ketika pilihan raya. Sebaliknya iamesti dibina dari sekarang,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Taklimat Presiden hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Selain itu, Ahmad Zahid berkatabeliau turut meminta setiap kepimpinan UMNO di semua peringkat supaya mengambil ibrah daripada kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, yang menyaksikan BNberjaya merampas semula kerusi tersebut.

“Ertinya jika ada telahan UMNO sudah tidak lagi relevan ataupun ditolak oleh orang-orang Melayu, jelas kemenangan ini telah memberikan satu nada baharu dalam perjuangan kepimpinan UMNO di semua peringkat,” katanya.

Susulan itu, Beliau berkata tahap kedua yang digariskan pada sesi taklimat tersebut adalah supaya setiap jentera parti UMNO menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut landskap politik setempat pada setiap pilihan raya yang akan dihadapi parti itu.

Ahmad Zahid berkata pada sesi taklimat itu beliau turut berkongsi mengenai prestasi tujuhmenteri dan enam timbalan menteri daripada parti itu, yang telah melaksanakan amanah dengan baik demi rakyat dan juga parti.

“Selain itu kita rasakan bahawa pengisian kepada agenda ummah dan sebagai sebuah parti rumpun Melayu, kita terjemahkan agenda kita tanpa mengenepi lain-lain kumpulan etnik, kaum, budaya dan bahasa. Sebaliknya dalam kita memperjuangkan agenda kita, usaha untuk santuni lain-lain kaum mesti berjalan,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO berlangsung bermula hari ini hingga24 Ogosdi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur melibatkan seramai 6,433 perwakilan dari seluruh negara.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...