Home Ekonomi TNB Akan Rayu Taksiran Tambahan LHDN Berjumlah RM1.39 Bilion
Ekonomi

TNB Akan Rayu Taksiran Tambahan LHDN Berjumlah RM1.39 Bilion

TNB Akan Rayu Taksiran Tambahan LHDN Berjumlah RM1.39 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Livevartha) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan mengemukakan rayuan berhubung notis taksiran tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM685.82 juta dan RM705.24 juta bagi tahun taksiran2020 dan 2021.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat utiliti itu berkata notis yang diterima pada Isnin (19 Ogos, 2024)adalah menyamai notis diterima pada tahun-tahun sebelumnya yang pada masa ini di peringkat mahkamah.

Malah, TNB jugatelah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.

“Mengikut nasihat perundangan daripada peguam cara cukai kami, TNB berpendirian bahawa ia mempunyai asas undang-undang yang baik untuk mempertikaikan taksirandibangkitkan secara silap oleh pihak LHDN.

“Oleh itu, sepertimana sebelum ini, TNB akan membuat rayuan terhadap notis berkenaan secepat mungkin,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...