Home Ekonomi Semakan perjanjian Perdagangan ASEAN-India Harus Diselesaikan Dalam Masa Yang Ditetapkan – Modi
Ekonomi

Semakan perjanjian Perdagangan ASEAN-India Harus Diselesaikan Dalam Masa Yang Ditetapkan – Modi

Semakan perjanjian Perdagangan ASEAN-India Harus Diselesaikan Dalam Masa Yang Ditetapkan – Modi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya Narendra Modi dari India pada sambutan rasmi di Rashtrapati Bhavan pada Selasa.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada Shakir Hussain dan V.Sankara

NEW DELHI, 20 Ogos(Livevartha) –Perdana Menteri IndiaNarendra Modi berharapagar semakan perjanjian perdagangan bebas bagi baranganantara ASEAN and India diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

India dan ASEAN telah mengadakan beberapa pusingan rundingan untuk membuat perubahan kepada Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) bagimenjadikan perjanjian itulebih memudahkan perdagangan dan bermanfaat untuk perniagaan di seluruh rantau. Perbincangan tersebut bermula pada Mei 2023.

"Kami bersetuju semakan FTA antara ASEAN dan India harus diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan," kata Modi.

Bercakap pada sidang media bersamarakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hyderabad House, di sini, Modi menekankan peranan penting Malaysia dalam ASEAN dan wilayah Indo-Pasifik.

Beliau berkata India sangat menyokong kepentinganASEAN di rantau itu.

Selain itu, beliau turut menyatakan sokongan padu India terhadap Malaysia yang akan menggalas jawatan PengerusiASEANpada 2025,.

Modiberkata India melihat Malaysia sebagai rakankerjasama utama di rantau Indo-Pasifik danmenyentuh secara tidak langsungmengenai geopolitik rantau tersebut.

“Selaras dengan undang-undang antarabangsa, kami komited kepada kebebasan pelayaran dan ruang udara, serta menyokong penyelesaian aman bagi semua pertikaian,” kata Modi.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...