Home Ekonomi Untung Bersih Petronas Dagangan Naik Kepada RM276.39 Juta Pada Suku Kedua
Ekonomi

Untung Bersih Petronas Dagangan Naik Kepada RM276.39 Juta Pada Suku Kedua

Untung Bersih Petronas Dagangan Naik Kepada RM276.39 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Livevartha) –Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd meningkat sedikit kepada RM276.39 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM275.71 juta tahun lepas, disumbangkan oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi untuk semua segmen yang mengimbangi peningkatan dalam perbelanjaan mengurus.

Hasil meningkat 10 peratus tahun ke tahun kepada RM9.84 bilion daripada RM8.91 bilion sebelumnya, didorong oleh peningkatan jumlah jualan dan harga jualan purata 5.0 peratus.

“Perolehan hasil bagisegmen runcit meningkat sebanyak RM623.3 juta, atau 14 peratus, terutamanya disumbangkan oleh jumlahjualan yang lebih tinggi sebanyak 12 peratus sejajar dengan peningkatan permintaan.

“Segmen komersial mencatatkan peningkatan dalam hasil sebanyak RM288.0 juta, atau 7.0 peratus, dan segmen serbanekamencatatkan peningkatan sebanyak RM14.1 juta, atau 24 peratus," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Peruncit bahan api itu mengisytiharkan dividen interim sebanyak 20 sen sesaham untuk suku kedua, berjumlah RM198.69 juta, yang akan dibayar pada 18 Sept 2024.

Sementara itu, keuntungan bersih Petronas Dagangan bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2024, susut kepada RM502.43 juta daripada RM577.55 juta, tetapi hasilmeningkat 10 peratus kepada RM19.23 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas sebanyak RM17.56 bilion.

Pertumbuhan ini didorong oleh harga jualan purata yang lebih tinggi, sejajar dengan harga minyak mentah Brent yang ditutup pada US$84.97 setong pada suku kedua, peningkatan 8.8 peratus daripada suku kedua2023.

Mengenai prospeknya, Petronas Dagangan berkata ia menjangka dapatmengekalkan prestasinya dalam kedua-dua segmen runcit dan komersial, disokong oleh ekonomi domestik yang diunjurkan berkembang sebanyak empathingga limaperatus.

"Fokus sekarang adalah untuk mengukuhkan perniagaan runcit denganmemperoleh pelanggan baharu dan meneroka peluang baharu dengan rakan kongsi strategik. Sasaran segmen komersial pulaialah dengan memanfaatkan pemulihan sektor penerbangan dan sektor margin nilai tinggi yang lain dengan kelebihan harga yang kompetitif," katanya.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...