Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Nelayan hilang selepas memancing, ditemui selamat
Nasional

Nelayan hilang selepas memancing, ditemui selamat

Nelayan hilang selepas memancing, ditemui selamat

Nelayan hilang selepas keluar memancing ditemui selamat oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Labuan

LABUAN, 20 Ogos- Nelayan hilang selepas keluar memancing ditemui selamat oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, mangsa ditemui di kawasan perairan Pulau Tiga oleh Pasukan PenyelamatAgensi Penguatkuasaan Maririm Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan kira-kira pukul 4.00 petang.Mangsa kemudian dibawa ke pengkalan jeti maritim

Operasi pencarian melibatkan pelbagai agensi seperti Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Tentera udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pihak swasta dan pasukan sukarelawan.

Sementara itu, Pegawai Maritim Malaysia Labuan, Leftenan Komander Maritim Norr Akmal Abu Hassan berkata, penemuan peralatan milik mangsa terapung di kawasan pencarian menjadi penanda untuk memperluaskan operasi pencarian itu.

\”Tong ikan dan jaket keselamatan merupakan petunjuk kita untuk mencari dan menuju ke tempat berkenaan iaitu kira-kira tujuh batu nautika di kawasan mangsa dijumpai.

\”Sebelum ini pencarian lebih kurang 16 batu nautika dari Pulau Tiga dan apabila kita jumpa petunjuk itu terus kita ke arah mangsa,\” katanya kepada pemberita di sini.

Operasi menyelamat itu turut mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Beliau meluahkan penghargaan kepada semua agensi dan sukarelawan nelayan bekerjasama dalam operasi carilamat itu.

\”Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua terlibat yang telah memulakan pencarian sejak semalam.

\”Alhamdulillah pihak Maritim Malaysia menemui saudara Jack seorang ahli nelayan di PNK Utara dalam keadaan selamat,\” katanya.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...