Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Malaysia mampu jadi peneraju serantau dalam industri aeroangkasa
Nasional

Malaysia mampu jadi peneraju serantau dalam industri aeroangkasa

Malaysia mampu jadi peneraju serantau dalam industri aeroangkasa

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos– Malaysia berupaya menjadi peneraju serantau bagi amalan lestari termasuk dalam industri penerbangan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata negara boleh memanfaatkan kelebihan dalam industri aeroangkasa, menggalakkan kerjasama serantau dan mempercepat penggunaan teknologi hijau merentasi ASEAN.

Jelasnya, potensi negara dalam industri aeroangkasa tidak wajar diterhadkan sebagai pembekal.

Malah, perlu dikaitkan secara langsung dengan industri semikonduktor atau pembangunan kimia dan mineral.

\”Menerusi hubungan ini, Malaysia boleh berinovasi dan mencipta produk, proses atau bahan baharu dengan harta intelek Malaysia. Malaysia bukan sahaja mahu menjadi hab pembuatan, malah bercita-cita untuk menjadi sebuah negara yang berdaya cipta,\” kata Liew kepada pemberita, hari ini.

Beliau berucappada Majlis Pelancaran Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2024 (MyAERO‘24) yang menghimpunkan lebih 40 pempamer dan lebih 2,000 peserta termasuk peserta industri, pelajar universiti dan sekolah.

Tambahnya, terdapat potensi untuk menghubungkan industri minyak sawit dengan aeroangkasa bagi pembangunan bahan api penerbangan mampan.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...