Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Tawaran kuota tarif galakan baharu, dilaksana secara tender terbuka
Nasional

Tawaran kuota tarif galakan baharu, dilaksana secara tender terbuka

Tawaran kuota tarif galakan baharu, dilaksana secara tender terbuka

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Ogos– Pembukaan tawaran kuota tarif galakan baharu berjumlah 190 megawat (MW) bakal dilaksana, bagi membangunkan sumber biogas, biojisim dan penjanaan kuasa hidro kecil.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air , Datuk Seri Fadillah Yusof berkata langkah itu antara usaha merancakkan lagi pertumbuhan serta usaha peralihan tenaga sektor bekalan elektrik.

Jelasnya, tawaran itu akan dilaksana secara tender terbuka sama seperti pelaksanaan program solar berskala besar (LSS) 1 hingga 5 sebelum ini.

\”Diharapkan ini nanti kita akan lebih banyak \’energy made\’ bukan sahaja solar, bukan sahaja sekarang ni yang kita bergantung sama ada pada gas semula jadi ataupun juga daripada arang batu.\”

\”Itu yang kita lihat tapi komitmennya ialah kita nak pastikan bukan saja daripada segi bekalan tenaga ataupun \’power generation\’.\”

\”Kita juga nak pastikan sistem grid kita akan menjadi stabil supaya keterjaminan bekalan tenaga dan kemampanan bekalan tenaga itu akan dapat kita jamin,\” kata Datuk Seri Fadillah kepada pemberita hari ini.

Datuk Seri Fadillah menyatakannya dalam sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (SES) @ ISES 2024 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...