Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Syarahan Negarawan 2024, martabat bahasa dan persuratan Melayu
Nasional

Syarahan Negarawan 2024, martabat bahasa dan persuratan Melayu

Syarahan Negarawan 2024, martabat bahasa dan persuratan Melayu

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos– Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Syarahan Negarawan 2024 bagi memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat kebangsaan.

Menurut Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Mohd Salahuddin Datuk Paduka Mohamed, menariknya penganjuran kali ini adalah kerana Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar diundang sebagai tokoh pembicara Syarahan Negarawan.

\”Objektif utama Syarahan Negarawan yang ketiga ini, tujuan kita adalah untuk mengangkat evolusi parlimen yang telah ditulis oleh Tun sendiri, TYT kita. Ini supaya rakyat tahu tentang perkembangan dalam evolusi parlimen dan bagaimana ia diterapkan dalam negara kita.\”

\”Itu yang kita nak masyarakat tahu berhubung perkembangan tersebut,\” kata Mohd Salahuddin kepada pemberita selepas Program Syarahan Negarawan dan Bicara Buku di ibu negara.

Syarahan Negarawan itu merupakan acara tahunan yang dilaksanakan sejak tahun 2017.

Tambahnya, program kali ini turut mempromosikan buku Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia yang diterbitkan oleh DBP pada 15 Januari lalu.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...