Home Nasional Malaysia-Turkiye sedia perkukuh kerjasama pertahanan
Nasional

Malaysia-Turkiye sedia perkukuh kerjasama pertahanan

Malaysia-Turkiye sedia perkukuh kerjasama pertahanan

Yasar Guler (duduk) dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Malaysia dan Turkiye bersedia mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang pertahanan melibatkan aset-aset ketenteraan dan latihan pada masa hadapan bagi kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan komitmen itu bersama-sama Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler di ibu negara.

Kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara perlu diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi melibatkan perjanjian dalam pelbagai bidang ketenteraan.

\”Adalah penting untuk kita ada kerjasama, mengatur pelbagai program dan usaha yang boleh dikongsikan agar dapat memantapkan lagi pertahanan negara masing-masing.

\”Dalam konteks ini, kita sedang berusaha mengadakan dan menyediakan perjanjian untuk dimeterai kedua-dua negara bagi membolehkan hasrat ini tercapai,\” katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat delegasi Turkiye di Kementerian Pertahanan di sini.

Menteri Pertahanan Turkiye Yasar Guler mengetuai delegasi 17 orang sebagai lawatan balas terhadap kunjungan rasmi pertama Mohamed Khaled ke Ankara, Turkiye pada 11 Jun lepas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....