Friday , 20 September 2024
Home Politik PN Pahang Sokong Muhyiddin Disiasat
Politik

PN Pahang Sokong Muhyiddin Disiasat

PN Pahang Sokong Muhyiddin Disiasat

fb Tuan Ibrahim Tuan Man

KUANTAN, 20 Ogos (Livevartha) –Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) negeri ini menyokong penuh titahTengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah supaya satu siasatan yang adil dilakukan ke atasTan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesemua mereka juga meletakkankeyakinan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan tugas dan meminta supaya semua pihak tidak membangkitkan polemik serta akur terhadap titah Tengku Mahkota Pahang.

“Kami Ahli Dewan Negeri Pahang dari Perikatan Nasional menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepadaSultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahangdalam menjalankan tugas baginda sebagai payung tempat kami semua bernaung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Tengku Hassanal bertitah mahukanPolis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.

Tengku Hassanal juga turut menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan dengan tindakanPengerusi Perikatan Nasional (PN) ituyangmempertikaikan tugas dan perananSultan Pahang ketika baginda menjadiYang di-Pertuan Agong ke-16.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...