Home Nasional Pihak terlibat belian aset tentera, ditukar setiap tiga tahun
Nasional

Pihak terlibat belian aset tentera, ditukar setiap tiga tahun

Pihak terlibat belian aset tentera, ditukar setiap tiga tahun

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos- Pihak terlibat dengan proses perolehan aset ketenteraan di Kementerian Pertahanan (Mindef), akan ditukar setiap tiga tahun bagi mengelak berlaku ketirisan termasuk rasuah selain meningkatkan tahap integriti.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung kepentingan integriti dalam kalangan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama membabitkan perolehan tentera bagi menjamin kedaulatan negara.

\”Yang di-Pertuan Agong sememangnya sentiasa mempunyai akses kepada perkara-perkara yang kita lakukan. Jadi, kita memang akan beri segala kerjasama.

\”Saya percaya yang penting, kita ambil saranan daripada pihak kerajaan iaitu supaya mereka menentukan spesifikasi ataupun yang menilai, mungkin kita akan tukar.

\”Dia (pegawai) tidak kekal lama, maknanya setiap tiga tahun kita akan ubah. Itulah antara yang kita akan buat,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan di ibu negara.

Majlis itu turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak; Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Pemangku Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dan Timbalan Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....