Friday , 20 September 2024
Home Nasional PM tiba di New Delhi untuk lawatan rasmi
Nasional

PM tiba di New Delhi untuk lawatan rasmi

PM tiba di New Delhi untuk lawatan rasmi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di India untuk lawatan rasmi tiga hari/ Foto PMO

NEW DELHI, 20 Ogos– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di India untuk lawatan tiga hari.

Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Air Force Station, Palam, New Delhi pada 9.47 malam tadi waktu tempatan, (12.15 tengah malam waktu Malaysia).

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Keretapi India, V.Somanna, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Muzafar Shah Mustafa dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N Reddy.

Persembahan tarian tradisi negara India turut diadakan sebagai menyambut ketibaan Perdana Menteri.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialahMenteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Perdana Menteri akan bertemu Presiden India, Droupadi Murmud, diikuti mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya Narendra Modi pada Selasa.

India merupakan rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...