Friday , 20 September 2024
Home Nasional Siasatan kes kematian dua kanak-kanak berlandaskan undang-undang
Nasional

Siasatan kes kematian dua kanak-kanak berlandaskan undang-undang

Siasatan kes kematian dua kanak-kanak berlandaskan undang-undang

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

JITRA, 19 Ogos- Siasatan terhadap kes membabitkan dua kanak-kanak maut selepas termakan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah pada Julai lalu dilakukan berlandaskan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau yakin pihak polis telah mengguna pakai seksyen dan akta bersesuaian dengan kes berkenaan.

Ia termasuk berkaitan tempoh dan perintah tahanan reman yang dikenakan ke atas seorang individu yang juga seorang pemilik kebun.

\”Jadi kalau ada kewajaran untuk melanjutkan tempoh reman dan sebagainya itu bergantung kepada budi bicara pegawai penyiasat sesuai dengan kes disiasat.

\”Tetapi kalau ada dalam kalangan mereka yang disiasat melahirkan rasa tidak puas hati, dia mempunyai maklumat bahawa bukan sekadar dia misalnya, ada pihak lain (terlibat). Dia boleh menyampaikan kepada pihak polis. Siasatan ini sesuatu yang bersifat progresif, bukan statik atau tamat disitu,\” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Negeri Kedah di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu\’adzam Shah, di sini.

Saifuddin mengulas tindakan seorang pekebun yang memuat naik video di laman Facebook \’Uzair Shafawi\’ menyatakan rasa tidak puas hati kerana hanya dirinya ditahan reman.

Sebaliknya ibu bapa serta penjaga kanak-kanak itu tidak ditahan kerana mengabaikan mangsa sehingga maut.

Dalam kejadian Julai lepas, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2 tahun, meninggal dunia selepas termakan keropok dicampur racun tikus yang diletakkan untuk memerangkap monyet liar di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim.

Susulan kejadian itu, seorang pekebun berusia 33 tahun direman pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...