Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Melaka komited teruskan projek rumah mampu milik
Nasional

Melaka komited teruskan projek rumah mampu milik

Melaka komited teruskan projek rumah mampu milik

Foto RTM

JASIN,19 Ogos-Kerajaan Negeri Melaka komited teruskan pembangunan Perumahan Mampu Milik sekali gus mengekalkan status sebagai negeri menyediakan rumah pada harga rendah dan mampu milik.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata berdasarkan laporan suku ketiga tahun lepas oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga purata sebuah rumah di Melaka ialah RM207,600 berbanding RM458,751 di peringkat nasional.

\”Pembangunan RMM di Melaka mendapat pengiktirafan pelbagai pihak dan ia menjadi agenda pembangunan penting di bawah kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri sejajar dengan hasrat kerajaan pusat iaitu meringankan bebanan kehidupan rakyat dan menambah pembangunan projek perumahan.

\”Sebagai contoh, menerusi kerjasama dengan pemaju Parkland Group, hasrat kerajaan negeri untuk memastikan setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan B40 dan M40 dapat memiliki kediaman sendiri melibatkan pembinaan hampir 800 Rumah Bahagia dan Rumah Impian B di Bandar Botanikal Parkland di sini,\” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pembukaan Lebuh Jasin Selatan, Jalan Jasin Selatan-Bukit Kajang, Taman Rekreasi Bandar Parkland dan Penyerahan Gerai Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Mengulas lanjut, beliau berkata projek Bandar Botanikal Parkland berkenaan dilengkapi dengan infrastruktur lain seperti Lebuh Jasin Selatan melibatkan jarak 4.17 kilometer (km) dengan kos berjumlah RM100 juta yang dibiayai Parkland Group (84.46 peratus) manakala Scientex (15.54 peratus).

Katanya lebuh raya itu dapat memendekkan jarak perjalanan dari Lebuh Raya Utara Selatan dari Tol Lipat Kajang Jasin ke Bandar Jasin kira-kira 11.1 km dengan purata masa selama tujuh minit berbanding 30 minit sebelum ini.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...