Saturday , 21 September 2024
Home Nasional NIOSH gesa pemain industri perkukuh keselamatan tempat kerja
Nasional

NIOSH gesa pemain industri perkukuh keselamatan tempat kerja

NIOSH gesa pemain industri perkukuh keselamatan tempat kerja

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos- Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menggesa semua pemain industri untuk mengambil tindakan segera bagi memperkukuhkan keselamatan di tempat kerja.

Pengerusi NIOSH Chong Chieng Jen dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan insiden kebakaran di Taman Perindustrian Samalaju pada di Bintulu yang telah mencederakan 10 pekerja.

\”Dilaporkan empat mangsa telah dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Bintulu, sementara tiga lagi di unit rawatan kebakaran dan tiga lagi di wad pembedahan selepas kebakaran berlaku di sebuah kilang milik asing di Taman Perindustrian Samalaju pada hari Rabu (14 Ogos).

\”Insiden ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan reformasi keselamatan secara menyeluruh di semua industri, dan NIOSH komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan majikan, pekerja, dan pengawal selia bagi memacu budaya keselamatan di seluruh negara,\” katanya.

Dalam kenyataan itu NIOSH juga merakamkan ucapan simpati kepada keluarga mangsa terlibat selain memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja perlu menjadi keutamaan tertinggi dalam setiap industri.

Semua syarikat juga diseru supaya tidak berpuas hati dengan tahap keselamatan masing-masing kerana perlindungan pekerja tidak boleh dianggap remeh, malah ia harus menjadi prinsip asas dalam setiap operasi.

Bagaimanapun NIOSH akan terus memperjuangkan keselamatan di tempat kerja bagi mengelakkan berlakunya tragedi berulang pada masa hadapan.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...