Home Nasional Program agenda pemerkasaan Bumiputera perlu telus dan bertanggungjawab-Anwar
Nasional

Program agenda pemerkasaan Bumiputera perlu telus dan bertanggungjawab-Anwar

Program agenda pemerkasaan Bumiputera perlu telus dan bertanggungjawab-Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 19 Ogos -Agensi yang bertanggungjawab memainkan peranan memperkasakan agenda Bumiputera perlu merancang program dengan bertanggungjawab dan akauntabiliti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perancangan perlu dilaksana secara cekap bagi memastikan golongan sasar mendapat manfaat sewajarnya.

\”Tentunya yang utama agensi bumiputera, maka mereka harus pastikan proses pelaksanaan itu teliti, cekap dan bertanggungjawab dan saya ucap tahniah kepada agensi penguatkuasaan sprm atau Jenayah komersial, LHDN lain-lain kuasa lebih diberikan kepada ketua audit untuk memantau, kalau tidak kita curah berbilion tapi masih tiris dan kesannya tak sampai ke peringkat akar umbi menyebabkan rakyat rasa resah kerana perancangan memukau tapi pelaksanan tidak kemana\”, katanya ketika berucap Majlis Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) di sini.

Sementara itu, Anwar turut menyentuh berkaitan pembangunan di Kuala Lumpur yang disifatkannya perlu mempunyai ciri-ciri tradisional yang melambangkan bangsa Melayu.

Ia termasuk menekankan konsep Warisan Melayu dalam pembangunan dari Padang Merdeka hingga Masjid Negara.

Anwar berkata ciri itu dilihat amat penting bagi memastikan bandar Kuala Lumpur tidak hanya menjadi \’hutan konkrit\’ semata-mata.

\”Pembangunan Kuala Lumpur ini harus ada ciri yang unik. Jangan anggap seperti Mark Twain tatkala melihat Washington di peringkat awal cantik,mempersonakan tetapi secara budayanya tidak menarik. Kita tidak mahu Kuala Lumpur menjadi konkrit hutan. Maka hijaunya apa yang disebut kawasan daripada Padang Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad sepanjangnya itu akan dijadikan kawasan warisan.

\”Walaupun ada sumbangan daripada kaum-kaum lain, warisan di Tanah Melayu ini tentunya yang menjadi tonggaknya masih warisan Melayu yang harus ketara dalam gambaran pembangunan baru di seluruh koridor dari bangunan Abdul Samad\”, katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....