Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong data ekonomi menggalakkan
Perniagaan

Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong data ekonomi menggalakkan

Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong data ekonomi menggalakkan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos-Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini, disokong oleh data ekonomi yang menggalakkan daripada Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Pada pukul 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.09 mata kepada 1,626.99 daripada 1,623.90 pada Jumaat lepas.

Indeks dibuka tinggi 1.24 mata kepada 1,625.14.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 234 berbanding 181, dengan 280 kaunter tidak berubah, 1,800 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 235.02 juta unit bernilai RM124.73 juta.

Pada Jumaat lepas, Bank Negara Malaysia melaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024, melebihi unjuran awal sebelum ini sebanyak 5.8 peratus.

Pertumbuhan ini didorong oleh perbelanjaan isi rumah yang baik, aktiviti pelaburan yang giat dan peningkatan ketara dalam ketibaan pelancong.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pengukuhan ringgit turut memainkan peranan penting dalam menarik aliran masuk dana asing.

“Saya menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,620 hingga 1,635 hari ini.

“Ia penting untuk indeks melepasi paras 1,630 bagi meneruskan aliran meningkat pada masa depan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, katanya Wall Street terus mencatatkan peningkatan semula didorong oleh jualan runcit AS yang lebih kukuh dan penurunan dalam tuntutan pengangguran mingguan.

“Kesemua tiga indeks utama ditutup dengan positif pada Jumaat lepas, dengan Dow Jones naik 97 mata dan Nasdaq meningkat 37 mata.

“Dengan penurunan kadar faedah dijangka pada September, hasil 10 tahun AS susut kepada 3.88 peratus,” katanya.

Dalam negara, saham wajaran tinggiCIMB Group meningkat 12.0 sen kepada RM7.78, Tenaga Nasional naik 4.0 sen kepada RM13.90 serta Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing tidak berubah padaRM4.29 dan RM6.30 manakala Maybank merosot 4.0 sen kepada RM10.22.

Dalam kalangan saham aktif, Top Glove naik 2.5 sen kepada 97.5 sen, My E.G. Services meningkat 3.5 sen kepada 95.0 sen, Euro Holdings menambah 1.0 sen kepada 9.0 sen dan MUI Properties menokok 3.5 sen kepada 41.5 sen manakala TWL Holdings tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 29.83 mata kepada 12,364.96, IndeksFBMT 100 naik 29.76 mata kepada 12,005.85, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 34.99 mata kepada 12,437.03, Indeks FBM 70 menokok 69.95 mata kepada 17,913.60 dan Indeks FBM ACE menambah 34.93 mata kepada 5,433.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 40.26 mata kepada 18,459.98, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.26 mata kepada 184.05 dan Indeks Tenaga menambah 0.86 mata kepada 952.96 manakala Indeks Perladangan merosot 4.31 mata kepada 7,179.69.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...