Friday , 20 September 2024
Home Nasional 200 individu sertai Konvoi Kembara Merdeka Bermotosikal, semai semangat kenegaraan
Nasional

200 individu sertai Konvoi Kembara Merdeka Bermotosikal, semai semangat kenegaraan

200 individu sertai Konvoi Kembara Merdeka Bermotosikal, semai semangat kenegaraan

Foto RTM

PADANG BESAR, 19 Ogos– Seramai 200 peserta menjayakan Konvoi Kembara Merdeka Bermotosikal sekitar Padang Besar, bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan anak muda.

Program anjuran KEMAS Padang Besar menyusuri laluan sejauh 50 kilometer bermula di Pusat Kegiatan KEMAS Alor Tampang dan berakhir di Masjid As Sobirin, Kampung Gial turut singgah di beberapa buah kampung sepanjang laluan dengan pelbagai aktiviti Kibaran Jalur Gemilang bersama penduduk.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Padang Besar, Ruzaini Rais, penglibatan anak muda dalam program kemerdekaan ini satu pendekatan proaktif dilaksanakan pihak KEMAS bagi menyemarakkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan komuniti kawasan luar bandar.

Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, program dilaksanakan KEMAS dilihat mampu mendidik dan menerapkan nilai-nilai patriotisme bagi memupuk semangat sayangkan tanah air dan sanggup berkorban demi mempertahankan kemerdekaan negara.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Penutup Konvoi Kembara Merdeka KEMAS Padang Besar di Masjid As Sobirin, Kampung Gial.

Secara keseluruhan, lebih 500 penduduk setempat turut serta menjayakan program ini sebagai salah satu pengisian bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 yang akan disambut hujung bulan ini.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...