Home Nasional Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Rozaid Abdul Rahman
Nasional

Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Rozaid Abdul Rahman

Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Rozaid Abdul Rahman

Foto: FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia petang tadi.

Dalam catatan di laman Facebook, Ahmad Zahid berkata beliau mengenali Allahyarham sejak usia muda dan baru sahaja menziarahi beliau baru-baru ini.

“Menerima perkhabaran duka mengenai pemergian sahabat saya, Rozaid Abdul Rahman yang telah disahkan meninggal dunia di kediaman keluarganya petang tadi.

“Pastinya kehilangan ini amat dirasai oleh kalangan kami yang sentiasa berhubung dengannya dari dahulu lagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Rozaid, 59, yang dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023, meninggal dunia di rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini akibat masalah jantung.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....