Tuesday , 26 November 2024
Home Politik Cukup Main Politik, Sekarang Masa Bekerja Untuk Rakyat – Awie
Politik

Cukup Main Politik, Sekarang Masa Bekerja Untuk Rakyat – Awie

Cukup Main Politik, Sekarang Masa Bekerja Untuk Rakyat – Awie

Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang memenangi PRK DUN Nenggiri, hari ini memulakan tugasnya dengan menyantuni pengundi di warung Jalan Seri Permai , Sungai Asap hari ini.

GUA MUSANG, 18 Ogos (Livevartha) — Kemenangan yang diraih bukan untuk bersuka ria, tetapi ia satu amanah dan tanggungjawab yang diwakilkan untukmasa depan yang lebih baik bagi penduduk di Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang berjaya merampas kembali kerusi DUN itu pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu, semalam berkata antara isu yang akan diberi fokus utamanya sebagai wakil penduduk, termasuk isu tanah dan rumah generasi kedua peneroka di DUN itu.

Turun menyantuni penduduk di Sungai Asap, di sini, awal pagi hari ini pada hari pertamanya, beliau berkata proses pemilikan geran untuk peneroka terlibat memerlukan bantuan Kerajaan Negeri, dan beliau akan berbincang dengan mereka agar diberi kelonggaran untuk membantu.

“Untuk Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sudah ada (geran) di Sungai Asap B dengan lebih kurang 100 buah rumah,manakala untuk Felda, terdapat beberapa yang telah dimaklumkan oleh pihak Felda dan wakil generasi kedua Felda Perasu.

“Bagi yang lain, rumahmesra rakyat memerlukan geran tanah sebagai dokumen penting dan kebanyakan mereka golongan muda mahupun berusia, tidak mempunyai geran. Proses pemilikan geran ini memerlukan bantuan Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita.

Mohd Azmawi Fikri yang bertanding untuk Barisan Nasional(BN) mewakili Kerajaan Perpaduan menangdengan majoriti besar 3,352 undi selepasmemperoleh 9,091undiuntuk menewaskan pencabarnya Mohd Rizwadi Ismail daripada PAS,mewakili Perikatan Nasional yang meraih 5,739undi.

Mengenai kemenangannya, beliauyang mesra disapa Awie berpendapat antara faktor yang memainkan peranan adalah kepercayaan pengundi muda dan pengundi luar serta kempen fizikal, dan media sosial yang berkesan.

“Mungkin dari segi cara kempen, kita terus ‘menyentuh'’hati pengundi. Saya sendiri tidak menabur janji dan kita terus menyantuni pengundi secara fizikal mahupun medsos (media sosial),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi komitmen untuk terus bekerja keras dan memberi perkhidmatan terbaik kepadarakyat di DUN Nenggiri tanpa mengira kaum atau warna politik.

“Cukuplah 14 hari tempoh berkempen, kita masing-masing ‘berperang mulut’. Sekarang masa untuk bekerja…saya semestinya memberikan komitmen terbaik untuk rakyat Nenggiri,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...