Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Kemenangan BN Bukti Usaha, Ikhtiar Kerajaan Perpaduan Diterima Rakyat
Politik

PRK Nenggiri: Kemenangan BN Bukti Usaha, Ikhtiar Kerajaan Perpaduan Diterima Rakyat

PRK Nenggiri: Kemenangan BN Bukti Usaha, Ikhtiar Kerajaan Perpaduan Diterima Rakyat

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil (tengah) ketika hadir pada Program Edaran Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan di Pasar Pagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mengedar Jalur Gemilang kepada para peniaga pada Program Edaran Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan di Pasar Pagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Livevartha) –Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) semalam membuktikan usaha dan ikhtiar Kerajaan Perpaduan dalam meningkatkan ekonomi negara serta memastikan kesejahteraanmasyarakat di negara ini telah mula diterima rakyat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sokongan itu menunjukkangelombang perpaduan sudah mula terbentuk dan pada masa sama rakyat, khususnya di Nenggiri, turut menolak politik mengadu domba dan fitnah yang cuba memecahbelahkan masyarakat.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan berkata PRK Dun Nenggirijuga mencipta sejarahapabila jumlah pengundi yang keluar semalam menunjukkan peratusan yang sangat tinggi berbanding beberapa siri PRK sebelum ini.

“Keputusan ini membuktikan bahawa anak muda masih memilih untuk menyokong Kerajaan Perpaduan, khususnya BN…dan kita lihat bagaimana hampirkesemua pusat daerah mengundi (PDM), BN telah menang dengan bergaya.

“Jadi majoriti yang cukup membanggakan dan cukup jelas membuktikan bahawa kerajaan dan rakyat memahami usaha dan ikhtiar kerajaan dan mereka mula merasai hasil yang dilakukan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

“Ini juga merupakan satu referendum kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan pimpinan parti PAS yang terbukti cara mereka berpolitik dan juga apa yang berlaku, khususnya Bersatu, telah ranap di Gua Musang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan di sekitar Pasar Pagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkatasuntikan kejayaan di PRK Nenggiri hasil kerjasama erat di antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, dilihat mampu memberi kemenangan kepada BN sekali lagi diPRK DUN Mahkota, Johor pada September nanti.

“Insya-Allah menjelang PRK DUN Mahkota nanti kita percaya dengan momentum yang telah dibina… kita jangka boleh memberikan kemenangan kepada BN dan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Semalam, Calon BNMohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, menang pada PRK DUN Nenggiri dengan majoriti besar 3,352 undi.

Beliau memperoleh 9,091undi dan menewaskan pencabarnya calon PAS Mohd Rizwadi Ismailmewakili Perikatan Nasional yang meraih 5,739undi.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...