Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Perolehan gerakan koperasi Pahang terima RM1 bilion
Perniagaan

Perolehan gerakan koperasi Pahang terima RM1 bilion

Perolehan gerakan koperasi Pahang terima RM1 bilion

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam (tengah)

TEMERLOH, 18 Ogos-Gerakan koperasi di Negeri Pahang mencatatkan rekod cemerlang selepas menerima perolehan lebih RM1 bilion dua tahun lebih awal berbanding tempoh sasaran yang ditetapkan.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam berkata, sebelum ini gerakan koperasi di Pahang disasarkan mencapai perolehan tersebut pada 2025.

\”Terdapat 1,178 koperasi berdaftar melibatkan kira-kira 305,000 ahli dengan aset bernilai RM1.5 billion dan ia satu pencapaian yang tinggi.

Syer anggota pula mencecah RM450 juta dan jumlah perolehan telah mencapai RM1.07 bilion sekali gus mencatatkan satu pencapaian baik dan perlu dikekalkan selain terus meningkat,\” katanya\”, katanya sedemikian pada sidang akhbar selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Tun Razak di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Amran Abd Kadir dan Pengarah SKM Pahang, Ibrahim Husain.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan gerakan koperasi di Pahang agar berhati-hati dengan sebarang pelaburan jangka pendek dan panjang untuk mengelakkan daripada sebarang kerugian dan implikasi negatif.

Pada majlis itu, turut berlangsung penyampaian anugerah koperasi terbaik mengikut sektor antaranya Anugerah Koperasi Terbaik Keseluruhan Pahang yang dimenangi oleh Koperasi Serbaguna Dara Berhad.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...