Saturday , 21 December 2024
Home Ekonomi Keanggotaan BRICS Akan Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Dengan India – Pengerusi AIBC
Ekonomi

Keanggotaan BRICS Akan Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Dengan India – Pengerusi AIBC

Keanggotaan BRICS Akan Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Dengan India – Pengerusi AIBC

Datuk Ramesh Kodammal

Oleh V. Sankara

KUALA LUMPUR, 18 Ogos(Livevartha) — Penyertaan Malaysia dalam BRICS, di samping kehadiran kukuh Indiadalam perkumpulantersebut akanmenyediakanpeluang besar kepada kedua-dua negara untuk memperdalamkerjasama ekonomi menerusi platform perdagangan berkenaan.

Pengerusi Majlis Perniagaan ASEAN-India (Malaysia) (AIBC), Datuk Ramesh Kodammal berkata kemasukanMalaysia sebagai anggota BRICS akan memberikan kelebihan strategik dalam mengukuhkan hubungan ekonomi dengan India.

Beliau berkata sebagai anggotaBRICS di sampingmemilikikepentingan bersama di rantau Indo-Pasifik, akan menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang penting di rantau ini.

"India sudahpun menjadi anggota pentingBRICS. KeanggotaanMalaysiadalam perkumpulan itu memberikan peluang berharga bagi kedua-dua negara untuk memanfaatkan platform ini bagimanfaat bersama.

“Kerjasama diperkukuhdalam BRICS akan membolehkan Malaysia meningkatkan penglibatan ekonominya dengan India dan memanfaatkan perkongsian strategik ini,” katanya kepada Livevartha.

Ramesh berkata demikian sebagai mengulasmengenai jangkaan perbincangan penting antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin India semasalawatan rasmi beliau kenegara itu yang dijadualkanbulan ini.

Pada 18 Jun lepas, Anwar mengesahkan bahawa beliau telah menyatakan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi sedang pesat membangun yang padamulanya terdiri dariBrazil, Rusia, India dan China, dengan Afrika Selatan menyertainya pada 2010. Pada Januari 2024, Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah diterima sebagai anggotabaharu.

Related Articles

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Saham KL susut diasak tekanan jualan, jejak prestasi serantau

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Dagangan saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus...

Ekonomi

Inflasi November turun kepada 1.8 peratus – DOSM

DOSMKUALA LUMPUR, 20 Disember- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada...