Friday , 20 September 2024
Home Nasional Kadar kebolehpasaran lepasan ILJTM 92.2 peratus
Nasional

Kadar kebolehpasaran lepasan ILJTM 92.2 peratus

Kadar kebolehpasaran lepasan ILJTM 92.2 peratus

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim

BANGI, 17 Ogos – Kadar kebolehpasaran lulusan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) berada pada tahap 92.2 peratus pada tahun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata kadar kebolehpasaran tinggi itu menunjukkan keyakinan industri terhadap kompetensi dan kemahiran graduan selain program yang ditawarkan ILJTM amat relevan dan berkesan dalam memenuhi keperluan industri.

Dalam tempoh itu, tiga ILJTM mencatatkan peratusan kebolehpasaran tertinggi iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil dengan 100 peratus, ILP Pasir Gudang (98.8 peratus) dan ILP Mersing (97.7 peratus).

\”Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan lulusan TVET merupakan antara tenaga mahir utama negara yang akan menjadi penggerak utama ekonomi negara kerana dalam menjayakan kerangka MADANI yang menjurus kepada nilai pertumbuhan yang tinggi, pelaburan ataupun industri yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan mempunyai potensi pembangunan yang tinggi.

\”Jadi industri-industri ini memerlukan tenaga kerja mahir dan lulusan TVET dilengkapi dalam pengajian mereka dengan kemahiran-kemahiran yang bukan sahaja kemahiran dari segi teori tetapi kemahiran yang diperlukan untuk industri,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen ILJTM kali ke-27, di sini.

Sehingga kini, ILJTM berjaya melahirkan 232,096 graduan sepenuh masa yang merupakan pekerja berkemahiran.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...