Friday , 20 September 2024
Home Nasional Ambil tindakan segera jika ada kecuaian dalam perkhidmatan awam – PM
Nasional

Ambil tindakan segera jika ada kecuaian dalam perkhidmatan awam – PM

Ambil tindakan segera jika ada kecuaian dalam perkhidmatan awam – PM

Anwar Ibrahim (tengah) bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kanan) pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan di Skudai hari ini

JOHOR BAHRU, 17 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan segera diambil jika berlaku sebarang kecuaian dan kelemahan dalam sistem perkhidmatan awam.

Justeru Anwar meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz mengambil maklum perkara tersebut.

\”Pada pertemuan semalam, tatkala kita umumkan pelarasan gaji penjawat awam ada janji dan ikrar bahawa mulai Isnin ini, setiap pejabat akan pastikan penjawat awam masuk pada waktunya dan bekerja bersungguh-sungguh meningkatkan prestasi mereka.

\”Saya harap rakyat boleh menilai, kalau ada di mana-mana pejabat daerah atau pejabat persekutuan atau agensi ada kelemahan mesti segera melaporkan kerana kita (sudah) bagi ganjaran (kenaikan gaji). Kalau ada kecuaian, saya sudah minta KSN dan KPPA ambil tindakan segera,\” katanya.

Menurutnya langkah itu perlu bagi memastikan nama baik penjawat awam dapat dipertahan selain meningkatkan prestasi mereka selaras dengan reformasi perkhidmatan awam dan pelarasan gaji yang diumumkan semalam.

Bagaimanapun Anwar kesal apabila pengumuman pelarasan gaji yang dibuat semalam cuba dipolitikkan pihak pembangkang.

Jelas beliau keputusan tersebut dilaksanakan selepas melakukan beberapa perkiraan dengan teliti, selain mengiktiraf kesungguhan penjawat awam.

Sehubungan itu Anwar berharap setiap agenda pembangunan oleh kerajaan dapat diberi tumpuan dengan lebih positif tanpa politik kotor berunsur hasad dengki dan cemburu.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis penutup itu ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Menteri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh serta menteri-menteri Kabinet yang lain.

BERITA BERKAITAN

  • Pelarasan gaji penjawat awam dilaksana secara berfasa
  • Pelarasan gaji menuntut tanggungjawab tinggi – KSN
  • PM harap sektor swasta teliti semula skim gaji pekerja
  • \’Alhamdulillah, terima kasih banyak PM\’ – Penjawat Awam
  • Penjawat awam P.Pinang, Labuan sambut baik pengumuman kenaikan gaji
  • Pengumuman pelarasan gaji: Bakal lonjak kualiti perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji penjawat awam munasabah – Ahmad Zahid
  • Pelarasan gaji dijangka tarik minat golongan muda menyertai perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji penjawat awam keputusan munasabah – Menteri Kesihatan

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...