Friday , 20 September 2024
Home Nasional SADA lancar kempen Satu kenderaan, Satu Jalur Gemilang
Nasional

SADA lancar kempen Satu kenderaan, Satu Jalur Gemilang

SADA lancar kempen Satu kenderaan, Satu Jalur Gemilang

Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Radzuan Osman melancarkan Program Satu Kenderaan, Satu Jalur Gemilang SADA di perkarangan Depoh Kenderaan SADA, Jalan Tun Razak di Alor Setar

ALOR SETAR, 18 Ogos-Pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh Jabatan kerajaan, agensi dan syarikat swasta untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara sempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini.

Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) turut tidak terkecuali turut serta memeriahkan sambutan dengan menganjurkan Program Satu kenderaan Satu Jalur Gemilang di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Radzuan Osman berkata, sebanyak 67 kenderaan pelbagai jenis milik syarikat berkenaan dipasang Jalur Gemilang sebagai simbolik kepada sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-67.

\”Objektif utama program ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotik dan cinta kepada negara dalam kalangan kakitangan SADA selain dapat meningkatkan nilai perpaduan melalui penganjuran aktiviti luar pejabat\”, katanya selepas melancarkan Program Satu Kenderaan, Satu Jalur Gemilang SADA di perkarangan Depoh Kenderaan SADA, Jalan Tun Razak di sini.

Sebagai simbolik, dua ekor burung merpati turut dilepaskan oleh Radzuan dan Ketua Pegawai Operasi SADA, Zulazni Mohd Noor bertepatan dengan Tema Rasmi Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Malaysia Madani : Jiwa Merdeka.

Sempena penganjuran program itu juga beberapa aktiviti seperti menanam anak pokok dan aktiviti senamrobik Jiwa Merdeka turut diadakan melibatkan seramai 150 kakitangan SADA seluruh negeri turut diadakan.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...