Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: 71.87 Peratus Mengundi Setakat 4 Petang
Politik

PRK Nenggiri: 71.87 Peratus Mengundi Setakat 4 Petang

PRK Nenggiri: 71.87 Peratus Mengundi Setakat 4 Petang

Warga emas, Wan Ropiah Ishak,71, menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 17 Ogos (Livevartha) — Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mencecah 71.87 peratus setakat 4 petang ini.

Angka itu melebihi jangkaan 60 peratus olehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malah lebih tinggi daripadayang dicatatkanpada Pilihan Raya Negeri ke-15, Ogos tahun lepas,iaitu 61.09 peratus.

Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup danselebihnya akan ditutup 6 petang ini.

Pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai ditutup 2 petang tadi manakala pusat mengundi di Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat menamatkan operasi sejam kemudian.

SPR sebelum ini menjangkakan keputusan penuh PRK itu diumumkan seawal 9 malamdiPusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang.

Proses pengundian melibatkan seramai 20,216 pengundi biasa daripada keseluruhan 20,259 pengundi berdaftar, manakala43 kertas undi pos telah dikeluarkan sebelum iniuntuk individu yang bertugas sepanjang PRK termasuk anggota polis.

PRK Nenggirimenyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan denganwakil Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...