Friday , 20 September 2024
Home Politik BN Menang PRK Dun Nenggiri Berdasarkan Keputusan Tidak Rasmi – Asyraf Wajdi
Politik

BN Menang PRK Dun Nenggiri Berdasarkan Keputusan Tidak Rasmi – Asyraf Wajdi

BN Menang PRK Dun Nenggiri Berdasarkan Keputusan Tidak Rasmi – Asyraf Wajdi

fb Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Livevartha) — Keputusan tidak rasmiPilihan Raya Kecil (PRK)Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikanBarisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi itu, kataSetiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti3,372 undi apabila memperoleh 9,113 undimanakala lawannya Mohd Rizwadi Ismail daripada PAS yang mewakiliPerikatan Nasional meraih 5,741 undi.

"BN dahulu kalah dengan majoriti 810 undi… kali ini BN menang dengan majoriti besar 3,372 undi," katanya menerusi perkongsian video yang disiarkan secara langsung di Facebook beliau malam ini.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Azmawi, yang mewakili Kerajaan Perpaduan, dan Mohd Rizwadi.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pilihan Raya Negeri Kelantan ke-15 pada Ogos tahun lepas menyaksikan Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...